" F l o w e r "

flaw

Assalamualaikum w.b.t. You are welcoming here. This blog belongs to Farah Syazwani. A girl who was trying to be better muslimah. A muslim. A daugther. A student. A interior desingner to-be. Insyaallah. Being a blogger since April 2011. Thankyou for follow and respect me. Okay,thanks


" I'M not alone ALLAH is always with ME "

Cute blog
True best friends
Superb famiy
Tablet
Graphic art's student
Smartphone
My own laptop
Polaroid camera
Canon DSLR
Make parents proud
Straight A's in SPM
University
Finish degree
Graduate
Wanna to be a Interior Designer
Start working
Fly to Mecca & paris
Travel to Korea

We can chatting here





Selamat Hari Lahir mama!}
Wednesday, 31 December 2014 | 02:32 | 0Comment


Happy 47th Birthday, Mama!
Longlife, stay healthy and strong
Thanks for raising us all these years long
Thanks for teaching us new things in life
Thanks for always be here for us
Please always be patient and keep looking after us
And...
Forgive me for not being able to make you happy

May Allah bless all your life, and give you the best reward for being the best mother for us, ameen...

Once again, Happy Birthday!
 ^^

(Well, there's no way my mom will ever visit my blog. Therefore I will try to say it to her in words, even if that's gonna be embarrassing, since we're not that expressive anyway :))


2014?}
Tuesday, 31 December 2013 | 01:09 | 0Comment

Assalamualaikum & hai bloggers!

ya allah rindunyaaaa nak bercerita kat blog niii. Habis berhabuk blog aku dah lama tak update. tak tau lah kenapa tahun nii rasa macam malas je nak update blog. Tak ada idea sebenarnyaaa. Dari start cuti nak update blog nii tapi tak update2 pun. Dah last cuti baru sibukkan diri nak mencari idea untuk menaip di sini haha. Sekejapnya rasa cuti sekolah kan? rasa macam baru semalam je cuti tup tup lusa dah nak sekolah! Ouh tidakkk! Korang amacam cuti? best? Hmm aku tak jalan mana pun holiday this year. Mama busy marking spm paper so dont have time for holiday. Just balik kampung kejap. Duduk kat melaka 2,3 hari sebab abang sulung terlalu busy dengan kuliah dan takde masa nak balik sini so kami terpaksa pergi sana tengok dia. Then, kembali kehidupan semasa cuti seperti biasa. Soooooooo bored :(((

31 Disember 2013, today is the last day of 2013. Lagi sehari je lagi dah nak sekolah kan and that means I will be senior in my school! Batch 97, selamat menjadi senior esok. Hahahaha yayy. k takde lah gembira sangat pun sebab kalau dah masuk 2014, aku akan SPM! Dan akan digelar "SPM CANDIDATES". Oh no. Boleh tak kalau tak nak spm? boleh masuk form5 tapi takde spm? boleh tak kalau terus habis sekolah? wuwuuu :'((( Help me please. Serius aku cakap hati aku tak tenang  sebab asyik pikirkan SPM NEXT YEARRRR. Wehhh serammm rasanyaa.

Okay start from now until spm I will not update blog or erti kata lain lepas nii aku dah tak aktif berblogging. No blog, no twitter and no facebook after this! Because I think I dont have time for all of this and next year is the busy year for me, with my tuition and have to get ready for spm. In shaa allah, aku akan study hard sebab aku dah tak nak jadi macam pmr dulu. Masa tuu banyak sangat main haha. Bila tengok result exam sebelum2 nii baru dapat 'kesedaran'  sebab tahun nii aku pun macam honeymoon je. But now, I have to focus on my study. No more play2 okay farah syazwani? Kau kena selalu ingat yang kau tuu dah form5. espeyem wehh espeyemm!!! Jangan kecewakan mak ayah kau lagi. Cuba bagi mak ayah kau bangga dengan kau. Okayy chaiyok2! ((Note to self)) Anyway tolong doakan farah syazwani berjaya di dunia dan di akhirat, aminnn :')

Goodbye 2013. You make me cry, make me laugh. But its time to move on. And welcome 2014! Please be awesome and dont be bad with me.

Diam.}
Friday, 20 September 2013 | 05:51 | 0Comment

Aku punya hati untuk merasa,
Aku punya perasaan untuk dijaga,
Aku punya mulut untuk berkata,
tapi selalunya dimulut aku berkata lain dihati aku berkata lain,
tapi bukan semua benda,
bila aku kata sayang, memang aku akan sayang,
bila aku kata suka, memang aku akan suka,
sampai kadangkala aku takut.
takut untuk kehilangan,
aku selalu tertanya-tanya "ada apa dengan cinta?"
buat masa sekarang, cinta tak penting dalam hidup aku.

cuma satu yang aku selalu menafikan,
perasaan sedih, marah, sakit hati dan kecewa,
aku juga manusia yang selalu menafikan perasaan itu,
aku manusia yang tak pandai untuk berterus-terang tentang perasaan.
pada aku kita dah besar,
kita dan boleh fikir mana baik dan mana buruk.
kita boleh fikir jika kita buat sesuatu itu orang marah atau tidak,
orang suka atau tidak, orang kecewa atau tidak,
bila aku marah aku diam,
bila aku sakit aku diam,
bila aku sedih aku diam,
bila aku cemburu aku diam,
bila aku kecewa aku diam.
hanya pada Dia tempat aku mengadu,
iaitu Allah.

Aku tahu bila aku diuji oleh Dia, itu bermakna Dia sayangkan aku


Ramadhan hampir meninggalkan kita}
Saturday, 3 August 2013 | 07:56 | 0Comment

Assalamualaikum bloggers sekalian ;)
Alhamdulillah aku masih bernyawa pada hari ini. pejam celik pejam celik, hari ni kita dah masuk ramadhan yang ke 25. Hmm, cepat masa berlalu kan. Kita hampir meninggalkan bulan ramdhan dan syawal pula akan menjemput. Insyaallah, jika kita diberi umur yang panjang untuk merasainya lagi.

Aku rasa sedih tetiba. Sedih sebab nak tinggalkan bulan Ramadhan. rasa sebak pun ada. mampu ke aku merasa nikmat ramadhan sekali lagi tahun depan? insyaallah. Bulan ramadhan adalah bulan yang kita boleh melipat gandakan pahala kepada Allah. Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah :)

p/s: Di kesempatan ini, saya Farah Syazwani Bt Pauzi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin kepada readers, followers, silent readers & kawan-2 yang mengenali aku. Aku nak mintak maaf kepada siapa-2 yang kenal aku kalau aku ada atau TERbuat silap dengan korang. Tolong maafkan aku k? setiap manusia ,pasti akan buat kesalahan




Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan}
Thursday, 11 July 2013 | 06:07 | 0Comment

Assalamualaikum bloggers sekalian ;)

Bulan Ramadan datang lagi. Syukur kita masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa pada tahun ni. Semoga segala ibadah kita diterimaNya, Amin. Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa, Rasanya belum terlambat lagi farah nak ucapkan  "Selamat menjalankan ibadah puasa" kepada korang. Salam Ramadhan guys!



Fakta Anak Kedua #Saya}
Tuesday, 25 June 2013 | 00:10 | 0Comment

Assalamualaikum ;)
Di sebabkan hari ni saya ada masa terluang untuk meng-update blog, saya ingin kongsikan sesuatu kepada anda-anda semua :') mengenai FAKTA ANAK KEDUA. siapa rasa dia tu anak ke-2 dalam family meh sini baca fakta ini! 

1. ANAK MANJA EMAK
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibunya
-Yup, my mama is my everything :* mama aku adalah hidup aku. Kalau dia takda, aku pun takda. Sejak aku pindah sekolah, ramai budak cakap aku ni "anak mak". Do I care? Hihi, sebenarnya aku takde lah manja sangat ngan mama. cuma disebabkan aku sorang je dok rumah jadi macam anak tunggal. So mama nak ambil berat kat siapa lagi kalau bukan aku kan?

2. ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih DEGIL, KERAS KEPALA dan TIDAK MENDENGAR KATA. Semua dia aje yang betul , dalam ramai-ramai adik-beradik dia aje yang KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
- Eh, macam betul ja. tepat dan betul 100%. tapi kalau dalam ramai adik-beradik beradik, aku lebih suka pilih berdiam diri sebab aku tak suka bergaduh atau masuk campur sebab memang akan gadooo wooo. aku memang cegituu, kalau aku nak sesuatu memang aku akan dapatkan .tapi kalau aku tak nak tu, aku tetap tak nak .aku jenis tak suka DI PAKSA. kalau pujuk nak bagi RM100 pun aku tak heran. Haha

3. TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no-2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia (kesian kan?)
-  YA SAYA MENGAKU SAYA TAK PANDAI PUJUK! pakwe? *saya tidak pernah mengalami lagi*. Tapi KAWAN KE EVEN FAMILY SENDIRI. Kalau orang merajuk selalunya aku biarkan. aku akan cakap "pujuk arr diri kau sendiri" Haha #kejam kan? Apa barang pujuk pakwe/makwe kan? sebeb belum jadi yang halal :) Tapi memang betul lah, sebabnya aku memang tak suka orang yang gedik kuat merajuk sebab tak suka nak pujuk-pujuk ni. Ye lah, pasal benda kecik pun nak merajuk ke? Kalau lelaki yang merajuk, tak kuasa aku nak pujuk. Huhu :P aku pun bukan jenis yang suka merajuk ,that's way lah aku tak reti nak pujuk orang. Dah hobi tak suka merajuk, nak buat macam mana kan???

4. BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. sanggup berkorban 
- yeke? maybe. Untunglah bakal suami aku, Hihi ;)

5. HITAM / PUTIH
Apa yang dikatakan semua dipegang. kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi. 
- Ini memang tepat sama sekali. kalau aku cakap tak nak, so memang tak nak. jangan nak paksa-paksa macam orang tak reti nak paham bahasa.

6. HATI
Anak no-2 ni nampak aje keras. Tapi hati dia lembut. SATU lagi pe'el dia, dia tak boleh ditegur
-kalau nak tegur tu kenalah ada caranya ,ye dak? kalau dengan aku, kenalah tegur dengan sopan, cakap lemah lembut, cakap baik-baik okay! kalau tegur orang dengan perkatan kasar, siapa tak menyirap ye dak?

7. BERDIKARI
Very independent. memang betul tapi kalau terlebih independent pun payah jugak. mudah bergaul, very take care.
-independent? Ada lah sikit. Dalam adik-beradik, aku sorang je yang tak duduk asrama. Kenapa? I dont know why. Bukan aku taknk masuk tapi mama tak galakkan aku masuk. mudah bergaul? Itu tak berapa nak tepat sebab aku ni pendiam plus (+)pemalu orangnya. orang yang betul-2 rapat dengan aku kenal aku ni cemana. 

8. ARAHAN
Anak no-2 ni jugak dia payah nak terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.
- Yes, aku memang tak suka orang mengarah aku. Even kalau mama suruh buat kerja rumah pun, aku rasa malas nak buat. And aku akan lambat-lambatkan buat kerja tu. hihi. tapi aku akan buat benda tu semua so tak perlulah nak mengigatkan aku banyak kali. 

9. PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no-2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah. 
- Ni betul dengan diri aku. senang sangat nak maafkan orang dan mudah tersentuh bila ada orang dalam kesusahan. Dah lama aku tak marah yang sebenar-benarnya sebab aku akan elakkan untuk marah. aku kalau marah, aku akan cakap tanpa henti. tak kira lah siapa yang ada depan aku tu, memang kena menadah telinga mendengar aku membebel. Hehe. Aku jenis pendiam dan susah nak marah. Tapi JANGAN INGAT ORANG PENDIAM NI TAKDE PERASAAN MARAH K?

10. PAKAIAN
Nak semua up to date. semua nak kemas
- Aku tak berapa nak ikut fesyen sangat. Aku akan pakai apa saja yang aku selesa, apa saja yang okay di mata mak ayah aku. Mak ayah aku sangat ambik berat pasal pakaian aku and adik perempuan aku. ye lah, kami kan perempuan so kenalah menutup aurat dengan betul mengikut islam. aku ni idak lerr jenis up-to-date sangat. Tapi aku akan pastikan aku yang aku pakai kemas dan tiada kedutan *ini semua poyo je* padahal keluar selalu je selekeh bagai. hik hik. 


Aku, anak kedua atau dipanggil "akak" dalam keluarga :)


Selamat Hari Bapa!}
Monday, 17 June 2013 | 04:56 | 0Comment


Assalamualaikum and Haiiiiii xD

ABAHKU, HEROKU, KAPTENKU

Nampak tajuk kat atas tu? Okay, sepatutnya entry ni dipost semalam, tapi disebabkan internet lembab sangat macam siput tak cukup makan telah tidak mengizinkan saya meng-post entry ini. Apapun, saya Farah Syazwani Bt Pauzi ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah saya iaitu Pauzi Mohd Isa ;) Abah, kau lah hero kami, membantu kami selalu, saat susah dan senang, terima kasih kerana menjaga dan mendidik kami empat beradik menjadi anak yang baik. FARAH SAYANG ABAH :*

Farah berdoa,
agar farah mampu menjadi anak solehah dan soleh yang boleh membawa abah ke JANNAH :')

Cameron Highlands!}
Saturday, 15 June 2013 | 22:51 | 0Comment

Assalamualaikum bloggers sekalian ;) *lambai tangan*
Hello guys! Today,I wanna story about my holiday at Cameron highlands :D Oleh kerana tidak meng-update blog setelah sekian lama, akhirnya sebab teringin nak kongsi pengalaman ini. Rajinkan diri jugak untuk meng-update.

Ini kali kedua aku jejak kaki kat cameron highlands. First time dulu pergi masa aku form 1. Sebab utama kitorang tidak berapa berminat nak holiday kat cameron kerana jalannya yang berbelok-belok. And akan menyebabkan pening dah muntah yang teruk. Kali ini abang tak dapat ikut sekali sebab dia dah masuk UTeM kat Melaka. Sebenarnya taknak pergi sebab abang tak ikut sekali so rasa macam tak lengkap 4 beradik :( Mama cakap "takpe, lain kali kita pergi lagi bawak abg long" :) aku harap lepas ni boleh pergi lagi. So, tengok je lah gambar-gambar di bawah ini :')

Big Red Strawberry Farm
















Bee Farm





A memory I'll never forget :) It was wonderful day for me

Demam Gwiyomi?}
Saturday, 27 April 2013 | 20:46 | 0Comment

Assalamualaikum :D
Comelnya dia buat gwiyomi


Hai hai haiii guys. Dah lama tak update blog kan? Hahaha. sebenarnya aku tak tau nak post apa kat blog ni. No idea lah. tetiba 'ter'rajin lah pulak nak update blog. Okay, sepertimana anda semua tahu, sekarang ini wabak gwiyomi semakin berleluasa di Malaysia kan? Search je "Gwiyomi malaysia", belambak-lambak video yang orang buat gwiyomi. Aku bukak facebook ada gwiyomi, bukak twitter, gwiyomi . kalau youtube, memang belambak ar gwiyomi tu kan. kekadang rimas jugak. Yelah, dah jadi macam trend lah pulak kan? Dulu demam tarian Gangnam style. Pastu Harlem Shake pulak -.-" Sekarang? gwiyomi!

Tapi yang paling video hot sekarang ni "Gwiyomi Gadis Bertudung Comel". Sumpah memang comel gilaaa ^^ Muka dia cantik, kulit putih melepak pulak tu. Geram aku tengok. aku terjumpa video ni kat facebook, tapi aku tak berminat nak tengok. Tapi ntah macam mana satu hari tu aku saja je nak try tengok. Sekali tengok, mesti nak tengok lagi sekali. Hahahaha

Artis pun terikut-ikut dengan tarian gwiyomi ni. Hahaha. Wawa zainal ,Elfira loy & Nora Danish. Tapi aku lebih suka gwiyomi versi Wawa Zainal. Dia SANGAT cute buat gwiyomi ^^ Terserlah lesung pipit dia bila senyum & muka dia yang putih gebu.  Ahh, double cute :3 Maybe gwiyomi versi korea punya lagi comel kan? Hahaha.


Gwiyomi versi Wawa Zainal

Yesterday}
Sunday, 31 March 2013 | 02:38 | 0Comment

Assalamualaikum & Haiiiiii guys! Do you even miss me?

Lama gila aku tak update blog kan? Aku rasa dah lebih sebulan kot. Ni pun aku ada masa nak guna laptop jap semata-mata nak bukak blog. Kalau on guna phone, tak best ahh kan. Aku pun tak tau apasal tahun ni malas pulak nak aktif berblogging neh -.-" Tak tau pasai pa. K so now im updated ;)Nampak tak tajuk atas tu? Yesterday? Semalam hari apa? Sabtu dan 30 March 2013 :D Kenapa dengan tarikh tu? K tarikh tu aku ingat sampai bila-bila!

I never forget this day. sweet day everrrrrrrr ;D aku dapat jumpa kawan baik aku yang dah lama tak jumpa! seronok gilaa dapat hang out sesama. Aku memang jarang dapat hang out dengan kawan. Last masa bulan 5 tahun lepas. Tu pun sebab nak celebrate birthday hawa. Setelah sekian lama merancang untuk berjumpa, akhirnya jumpa jugak. Tapi 3 orang je. Aku, saidatul and hawa. Rihha takde sebab dia dah balik kl awal sangat. So dia tak dapat join kitorang sekali. Sedih :( K takpe rihha, bila ada cuti lagi kau balik lah bidor. boleh ar lepak sesama.

This my bff sgt2. We're like siblings! Sebab memang kitaorg rapat. Hee
Kami berkawan dari sekolah rendah lagi ;)
With my bestie! 3 hours at kfc
Saidatul Sahira and Siti Hawa 
They can make only a little thing to be a big laugh :D

I love them very very much! Setelah sekian lama tak berjumpa. Last2 berjumpa jugak. Thanks for the sweet day .Take care friends! I will miss you guyss :'( Muahhhhhh :* SaidatulHawaRihha





My art today ❤ }
Thursday, 28 February 2013 | 02:00 | 0Comment

Assalamualaikum rinduuuuuuuuuuuu :* Pada petang yang indah ni nak buat entry pasal hasil kerja tangan aku. Dalam sejam aku buat benda ni. Best sangat sebab drawing ni dah jadi hobby terbaru aku ^^ Hope korang sukaaa.Nak tengok? Sabo sabo, Hahaha. gelabah betul kan kan? hikhik.Saja nak tayang sikit. jeng jeng jeng~
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v
Bersumberkan #We❤ it #sketch #drawing #hobby #handmade

Aku jumpa satu gambar sebijik macam ni and then aku try lukis balik sendiri. Inilah hasilnya! Amacam? cantik tak? Awesome right? Hahaha.

K bye guys .Thanks for read :*



I NEED this :D}
Sunday, 10 February 2013 | 23:18 | 0Comment

Assalamualaikum and Hello guys !
Best cuti raya cina ni? Holiday pergi mana? Balik kampung? K selamat bercuti ;) Okay, this is my third post in 2013. Sekarang ni dah masuk bulan 2 dah kan? Cepat masa berlalu~ K sebenarnya nak cerita pasal ...

Semalam masa tengah dinner dengan family, tetiba adik aku cakap kan ayah aku dan ayah aku cakap

Aku: Akak teringin ah nak pakai handphone baru. Orang lain dah maju, tapi dok pakai handphone cikai lagi *buat muka kesian*
Adik: Abah, akak nak handphone baru !
Abah: *dengan muka terkejut* Nak ke? Kalau nak ,nanti abah beli satu
Aku: Hah? tak payah lah abah, membazir je la *jual mahal*
Abah: Lepas raya cina nanti lah kalau nak beli. Sekarang ni kedai semua tutup
Aku: Betul ke abah? Akak dari dulu tak penah tukar handphone *sambil senyum*
Adik: Suka lettew. Untung lah abah dah bagi beli 

Dan bunyi ayah cakap macam dah bagi GREEN LIGHT !
Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak ber-handphone baru. Sebelum ni aku jealous je tengok budak-budak seusia dengan aku pakai phone mahal-mahal. Siap bertouch screen lagi. Haha. Phone aku hanya guna untuk bagi text and calling calling orang je. Ikutkan hati aku nak je aku pilih iPhone 5. Tapi mahal bebeno .So aku pilih yang aku mampu beli je la.

Samsung Galaxy Y 
Lawa ah ,warna pink pulak tu *__*


150 Juta- Ainan Tasneem ❤ }
Thursday, 31 January 2013 | 22:39 | 0Comment

SALAM Jumaat and say "Hai" to February ;)

Haii bloggers, aku rasa rindu SANGAT-SANGAT nak menaip panjang-panjang kat blog ni. Last post pun masa awal bulan bukak sekolah hari tu. Takde masa langsung aku nak update blog. Aku terlalu busy dengan homework yang bertimbun-timbun ,kerja kursus, latihan rumah sukan and bla bla bla :P So now aku selalu menghabiskan masa dengan menyiapkan homework-homework tu *homework belambak mengalahkan budak pmr* Hahaha :D music lah yang jadi peneman aku masa aku buat homework.

Sekarang ni aku tengah rajin nak share lagu. Music ni lah yang membuatkan aku daripada tak ada mood, terus ada mood :D Boleh di katakan tiap hari aku dengar lagu ni. Nak tau lagu apa? Jeng jeng jeng...

150 Juta- Ainan tasneem 

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


Jom dengar lagu baru AINAN TASNEEM!

Okay friends, enjoy the song!

Student of graphic arts class}
Friday, 4 January 2013 | 19:26 | 0Comment


Assalamualaikum and Haiiii bloggers ;D Say "Hello" to me! Hahaha, I wanna tell you something, now I was Student Of Graphic Arts Class. Ohyeahhh, I feel so excited ;) Hewheww .And, sekarang ni aku pindah sekolah. K say Bye-bye to SMKSAG, Hye to SMKST. Jujur aku cakap aku tak gembira sekolah kat sana. aku rindu sangat-sangat sekolah lama aku :'( Rindu kawan-kawan kat sekolah Smksag! Sekolah baru memang tak sama macam sekolah lama, kawan baru tak sama macam kawan-kawan kat smksag. I really really miss everything .aku rindu baju pengawas pss aku ,sekarang ni aku kena pakai baju kurung putih and kain biru. Rasa ganjil lah pulak. Aku tak biasa lagi kat sekolah baru, lepas ni kena biasakan diri kat sekolah baru and aku cuba untuk jadi peramah. Boleh ke? -.-" Insyaallah ,boleh :) Aku akan cuba..

Aku masuk kelas 4 Intelek iaitu kelas yang mengambil aliran Seni Grafik atau lebih dikenali sebagai Grafik Berkomputer & Pendidikan Seni Visual. Aliran tu je kot yang sesuai dengan aku. Sebenarnya kalau mengikut result PMR aku, aku layak masuk kelas sains tulen .Tapi di sebabkan aku rasa aku tak boleh nak ikut apa yang aku akan belajar nanti macam subjek Addmath, fizik, kimia & biologi. Susah tu! Lagi pun mama tak galakkan aku masuk kelas sains tulen.

 Tapi bila dah masuk kelas seni grafik ni, aku rasa lega sikit sebab lepas ni aku tak perlu dah belajar subjek Geografi & Kh :D Tapi aku akan belajar subjek grafik komputer & psv. Hohoho, tak sabar nak belajar weh. Minggu depan baru start belajar .Untung jugak kan masuk kelas seni grafik ni, lepas ni aku akan belajar dalam makmal komputer yang beraircond tu! Wahhhh, excited lah pulak. Hahaha, tak payah ar aku nak berpeluh-peluh sebab kelas aku tingkat 3 tu selalu takde elektrik :( 

Kelas 4 Intelek banyak budak OA. siapa yang tak tau apa itu OA? OA itu adalah nama singkatan bagi Orang Asli.Sebelum ni kat syeikh, kelas aku tak pernah ada orang asli. Kelas lain ada je, tapi kelas aku penuh dengan budak melayu, india je. And yang paling menyedihkan kelas aku budak Islam, 6 orang je dan bila ada kelas agama kena bercampur dengan kelas lain. Double WHAT?(!) I really really dont like it :( Dah ar kelas agama 5 orang je perempuan termasuk aku. Lelaki yang banyaknya. Sedih betul. Tu ar pasal kelas terlebih banyak budak-budak OA. 

Kelas aku ada 25 orang .Macam mana aku boleh tau? Mestilah aku tau dah aku ni ketua kelas. ADA KE PATUT CIKGU NORHASLINAWATI TU LANTIK AKU JADI KETUA KELAS?(!) Double Triple NO! :'( Jujur aku cakap, aku tak nak jadi ketua kelas and aku terpaksa tanpa kerelaan hatiku ini *ayat mintak simpati* Kenapa lah cikgu lantik aku , macam takde orang lain .Dalam 25 orang tu asal pilih aku jugak. Arrrghh, ni nak nangis neh. Aku ni dah ar budak baru, tak pernah ada pengalaman jadi ketua kelas. Kalau lantik jadi pengawas pss takpe jugak. Hahahaha. Takpe, aku akan jadi ketua kelas yang paling baik untuk tahun ni je. Kalau tahun depan jadi ketua kelas jugak, aku lari pindah sekolah lain *joke* Hehe :P 

Tapi aku ni memang baik pun, budak-budak OA kelas aku semua buat baik dengan aku. Haha, tapi masalahnya aku tak paham apa yang diorang cakap -.-" bahasa OA campur bahasa Melayu. Susah bebeno nak bercakap dengan diorang ni. Aku harap cikgu-cikgu yang ajar aku nanti, semuanya baik-baik & sporting. Baru ada semangat nak belajar. Hahaha. K nak out dulu, Bye bye and thankyou sebab mendengar luahan hati aku :)



Selamat Hari Jadi mama}
Monday, 31 December 2012 | 02:54 | 0Comment

Assalamualaikum & Hai. today 31 .12.2012 :) Hari terakhir untuk tahun 2012. And hari ni Birthday mama aku. Memang lama gila nak tunggu birthday mama sebab birthday mama hujung tahun. Anak mama ni nak ucapkan "Selamat Hari Jadi untuk mamaku", Mahani Bt Mokhtar .You are the best mom in the world! Thanks mama for everything you have done for me :) Ilysm mama ♥ Muahh :3 

With my lovely mama. Hahaha :)

I will miss you guys :'(}
Thursday, 27 December 2012 | 23:45 | 0Comment

Assalamualaikum bloggers. Today is last Friday of 2012. May God bless us. Insyaallah :)

Tetiba je aku rasa sedih :( Tahun depan aku akan terpisah dengan kawan baik aku.. Hawa ,Rihha and Saidatul. Mama aku suruh pindah sekolah. Semua pakat pindah sekolah kan? Hawa dengan Rihha pindah sekolah. Saidatul je yang still sekolah kat sini. Dan aku maybe pindah jugak. Masa ambik result hari tu kita last jumpa untuk tahun ni. And kita salam peluk cium :* Hahaha. Time tu aku tahan je air mata aku dari keluar, aku rasa nak menangis. Aku akan rindu korang :'(

Dah 3 tahun aku sekolah kat syeikh .dari form1 sampai form 3.Banyak sangat kenangan aku dengan korang weh. Aku sayang korang sangat-sangat . Geng kita dah berpecah .Aku tak pernah terpikir yang kita akan terpisah. Arrrggghhh, sedih ar :'( Jujur aku cakap aku tak nak terpisah dengan korang and aku tak nak pindah sekolah lain. Tapi kalau aku tak pindah,nanti aku akan menyesal sebab tak dapat masuk kelas aliran yang aku nak. Hawa ,Saidatul, Rihha *Korang lah KAWAN TERBAIK yang penah aku jumpa* 

Aku akan rindu gelak ketawa korang weh. Maybe lepas ni kita dah jarang berjumpa kan. Aku harap aku dapat kawan baru yang macam korang bila aku pindah nanti.  I love you guys sooooooooo much :3 Terima kasih selama ni korang sudi kawan dengan aku, selalu ada dengan aku susah senang, selalu buat aku ketawa sampai keluar air mata .terima kasih lagi sekali sebab selalu tolong aku bab-bab belajar ni . Thankyousooooomuch to Hawa, Saidatul and Rihha










To my best friends, thanks being there for me. I'm grateful for you! ;)

Its Minho's birthday}
Saturday, 8 December 2012 | 19:44 | 0Comment

HAPPY BIRTHDAY CHOI MINHO OPPA♥



Assalamualaikum ,Haiiii and annyeong ppl :D Today ,9 December 2012. Ohyeahhh, hari ni birthday someone .Ni yang buat aku rasa excited gila :') Nak tau birthday siapa? Nampak tajuk kat atas tu? Its Minho's birthday! My cute baby is turning 21 . Walaupun dia 21 tahun, dia tetap cute bagi aku.

I still remember when first I saw you last year. Masa uh aku bukan jenis yang suka Kpop-2 ni. Tu pun sejak aku berkawan dengan sorang kawan aku neh. Dia lah yang buat aku jadi macam ni. Hahaha. Start tu lah aku minat lagu and drama korea. And ,for the first time aku tengok video klip lagu Replay. Masa uh, aku dah TERSUKA kat minho ni :'D Start tu lah aku minat gila dengan SHINee!

Walaupun SHINee ni tak sepopular macam Big Bang, SuJu, Beast.. Tapi aku tak kesah semua uh. SHINee comel :3 Walaupun maknae SHINee Taemin lagi comel berbanding Minho, aku tetap suka minho aku. Only Choi Minho okay? Aku excited gila bila dapat tahu Minho belakon jadi watak utama dalam To The Beautiful You .Soooooo handsome watak Kang Tae Joon dia uh. Hahaha. Minho, you're so CUTEEEEEEE.Saranghae minhooooo 


saengil chukhahamnida~saengil chukhahamnida~saranghaneun MINHO oppa~saengil chukhahamnida~Happy Birthday to the lovely Choi Minho. I honestly hope he has a wonderful day!


Selamat Hari Jadi kawan}
| 05:59 | 0Comment

Today, 8 December 2012 .Hari ni birthday cik Saidatul Sahira Bt Abd Ghani ! Siapakah gerangan gadis ini? Hehe. Mesti lah dia kawan aku. Siapa lagi bukan? Kecil molek orangnya macam saya jugak xD Dear bestfriend,  Happy Birthday to you, dah 15 tahun dah kawan aku sorang ni. May allah bless you always. Btw, terima kasih dah jadi kawan baik aku selama 3 tahun walaupun aku dah kenal kau dari sekolah rendah :) Sorry lah kalau selama aku berkawan dengan kau ,aku ada buat salah. Ily you kawan :3 tunggu hadiah dari aku okay? Hihiii ,K bye ;D

Selamat Hari Jadi yang ke-15



Best best. Memang best :D}
Thursday, 29 November 2012 | 21:36 | 0Comment

Hey guys. was so happy :D yesterday I went out with my family .And its the best day ever~ my father taking us to watch movie at Jusco Ipoh. I so excited! .Tapi rasa lain sebab first time tengok wayang tanpa abang aku :( Dia ada kat asrama lagi, tengah menghitung hari nak MERDEKA. Hahaha. K goodluck abang for another 2 exam paper. Btw, I wanna say Thankyou to my father :D It was wonderful day for me .

 Wreck-It Ralph :) 

Nama dia Vanellope .Aku suka tengok dia buat muka. Nampak comel kan?
Masa aku tengah cerita ni, aku hanya cakap 'AWESOME!' .Rasa tak puas tengok

And one more thing, aku dapat beli novel yang aku nak sangat-sangat tu. Kebetulan kat Jusco semalam, MPH buat pameran buku and banyak dapat discount . So aku ajak mama sebab nak tengok novel. Akhirnya, aku dapat jugak novel 'Coke Sundae II' :)

tickets for 5 people

Ohyeahhh, I got it!



New look :)}
Tuesday, 27 November 2012 | 22:25 | 0Comment


Assalamualaikum! Hello guys :D Did you see my new blog look? Awesome right? ohyeaahh, I really really love shawols ;) Aku boleh tersenyum sampai ke telinga sebab dah puas edit blog. Lepas dah habis edit blog, baru dapat idea nak update apa kat blog ni. Penat tau edit blog ni. Ambik masa 2 hari nak siapkan edit ni. Ni pun aku tak tau nak buat macam mana nak letak chatbox. Agaknya aku kena pergi kursus kot untuk belajar nak letak chatbox dalam blog. And aku tak reti-reti lagi nak tukar lagu macam mana. Dah bosan dok dengar lagu yang sama je. Ada siapa boleh tolong??? Help me please ^^