1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.
6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.
7. Makan sekadar keperluan
Asalkan anda makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, insyaAllah sunnah Nabi ini bakal membantu sahabat-sahabat memberikan fokus terbaik ketika belajar. Sebagai peringatan, jangan ambil ASAM atau JERUK menjadi peneman anda dalam memerangi mengantuk.Walaupun anda rasa kurang mengantuk dengan adanya asam atau jeruk, anda sebenarnya sedang mengurangkan juga kekuatan memori dan daya fikir anda!
8. Jaga masa tidur
Allah menciptakan tidur untuk anda merehatkan badan. Maka apabila sampai masa untuk tidur,tidurlah dengan selesa. Jangan terlebih ataupu terkurang. Pelajar yang cemerlang tidur 6 hingga 8 jam sehari. Usah bersengkang mata dengan alasan untuk belajar kerana waktu sebegitu, anda sebenarnya memerlukan rehat yang secukupnya untuk hari esok yang lebih positif dan bersemangat. Takut nanti anda bukan membaca buku ,tetapi sekadar melihat buku sahaja!
9. Tidur apabila terlalu mengantuk
Apabila anda mengantuk kerana terlalu kepenatan melakukan sesuatu , maka tidurlah sebelum anda duduk di meja studi. Cuma bagi yang mengantuk tanpa alasan yang kukuh,apa kata cuba kaedah ini. Anda tidur tapi tidak perlu untuk baring.Anda sekadar tidur menongkat dagu di meja studi.Pejam mata insyaAllah, apabila tangan anda sudah tidak mampu menongkat kepala,anda pasti "terganggu" dengan insiden itu.InsyaAllah insiden itu akan membuat mata anda kembali membulat seperti mata kucing. Tambahan pula apabila anda membuka mata , kelihatan buku yang banyak menimbun tingginya seperti menara KLCC, anda pasti akan kembali bersemangat untuk meneruskan misi anda!
10. Belajar dengan aktif
Dengan kata lain elakkan membaca dengan menggunakan mata. Oh jadi nak baca guna apa? telinga? mulut? hidung?. Gunakanlah mata untuk melihat,mulut untuk membaca dengan kuat,tangan untuk memcatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bagun sambil berjalan ketika anda dalam keadaan mood silent (hampir ingin melelapkan mata )InsyaAllah anda akan dapat mengatasi masalah mengantuk.
11. Berdoa
Berdoalah dan merayu kepada Allah agar anda diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa ganguan mengantuk. InsyaAllah,Allah pasti akan membantu anda dengan pelbagai cara.
|